Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

RM324.00 !!!

Dah lepas beli stroller untuk baby yang akan keluar dalam masa LIMA MINGGU dari sekarang !


Tapi aku terpaksa bayar harga itu untuk bil elektrik rumah aku.

OMG !

Sebetulnya, rumah aku [rumah mentua sebenarnye. hehe] ada dua air-cond. Dan yang aktif guna adalah dalam bilik aku. Bilik aku bilik tengah. Tak ade tingkap. Kalau tak pakai air-cond, alamat tidur dalam air peluh la aku.

Lagi- lagi dalam keadaan sarat macam nie. Menang panas je manjang.

Air- cond yang kat ruang tamu tu jarang- jarang buka. Sebab kat rumah bukan selalu ada orang. masing- masing sibuk dan hanya sebelah malam je lekat kat rumah.

Al- kisahnya, selepas majlis kawin aku dengan myhubby, tunggakan letrik banyak. Aku dengan besar hati volunteer nak bayar bil letrik dan bil air setiap bulan kat rumah tu.

At least, aku tak segan duk menumpang rumah mak mentua aku. Adalah juga peranan aku. Kekeke.

Nak dijadikan cerita, aku bayar tunggakan tu 'lumsum' RM400.

Lepas tu pada 2 Disember, bil TNB dari pejabat pos sampai...RM140. Aku dengan senang hatinya bayar.

Tup tup, 8 Disember bil TNB sampai lagi dan jumlah yang perlu dibayar ada RM342.00 !!!

Apa ??? Aku nie kejenye cop duit ??? Bulan- bulan 3 4 ratus habis untuk letrik ??? OMG !!!


Tak puas hati. Aku ngan myhubby call TNB.

"Kenapa bil kami sampai RM300 lebih ? Hari tu dah bayar dah tunggakan RM400. Pastu 2 Disember bayar lagi RM140. Nie sampai lagi bil RM300 ? "

"Oh...yang RM400 tu tunggakan. Yang RM140 tu anggaran kita melalui pejabat pos. Yang RM300 tu balance dua bulan punye bil letrik puan. Sebenarnya RM400 tapi dah tolak yang puan bayar RM140 tu..tu yang tinggal RM300 lebih tu."

"Kenapa TNB buat bacaan dua bulan sekali ? Itu membebankan pengguna. Kalau kena bayar letrik sekaligus RM400. Botaklah saya."

".............." [dia dengn segala hormatnya tamatkan talian aku. sungguh bertata susila orang itu]


Moral of the stroy, memang aku dan famili kena cek balik, kat mana kami boleh kurangkan penggunaan letrik.

Kedua. Kenapa TNB sangat tidak bertanggungjawab membaca meter letrik dua bulan sekali sekaligus membebankan rakyat ? Sudah la tarif letrik dah dianikkan. Apa yang tinggal untuk rakyat. Aku rase ringan je nak hadiahkan sebakul sumpah seranah pada TNB. Pada kerajaan yang luluskan kenaikan tarif tu. Kata nak jaga rakyat konon. Bullshit la.

Alasannya, tidak cukup kakitangan nak baca meter rumah sebulan sekali. Hahaha. Kalau satu rumah orang kaya paling cikai pun RM4000 sebulan ? Tak kan TNB masih tak cukup bajet untuk 'hire' lebih ramai pekerja untuk tujuan baca meter dari rumah ke rumah setiap sebulan sekali ?

Itu tak kira bil letrik kilang- kilang besar. Yang beroperasi 24jam ? Ish. Sumpah. Aku sangat tidak ikhlas kalau suku gaji aku terpaksa aku habiskan untuk bil letrik semata- mata ?

Oh tidak. Oh tidakkkkkkkk.....
Minat baca novel ?

Ohhhh...sesungguhnya aku hantu novel ! Tapi bukan semua penulis. Aku hanya minat dua penulis.

1- Aisya Sofea

2- Fauziah Ashaari

Yang lain tu aku baca, tapi feeling dia xsama mcam baca tulisan dua penulis nie. Pernah baca tulisan mereka ? =)

Penulisan mereka sangat hidup. Tak payah susah susah nak bina satu jalan cerita menarik yang boleh tarik kita masuk dalam cerita mereka.

Sejak aku bekerja, aku sangat jarang baca novel, beli novel pun tersangat jarang. Nak dijadikan cerita, hari tu aku singgah rumah biras aku. Ternampaklah sebuah novel. Aku pinjam.

Penulis dia [dot dot]. MasyaAllah. Punyelah aku seksa nak habiskan waima satu muka surat pun. Sangat hipokrit tulisan dia.

Aku menggerutu je baca. Tapi terpaksa sebab aku xde bahan bacaan tatkala dalam 'bilik istirehat'...hehehe

Dah masuk dua bulan aku pinjam, skrg baru muka surat 90 something. Okey !!!

********

Aku pergi kerja seperti biasa. Bile nak stat kerja masuk 'bilik istirehat' kejap. Sambil baca suratkhabar.

Mataku ternampak berita Kumpulan Karang Kraf buat
SALE HINGGA 70% UNTUK SEMUA BUKU, NOVEL DAN MAJALAH MEREKA !!! [hari last ok ?]

Tanpa melengahkan masa, aku ajak teman sekerja aku, kami pergi
SERBU itu SALE !!!

Hasilnya...taraaaa...12 bijik aku beli. Nah kau !


Aku rambang mata. Apa sahaja buku yang tercatat nama Aisya Sofea aku rembat.



Cari punye cari aku terjumpa novel Fauziah Ashaari. Sebijik pun aku puassss !!!



Sebenarnya, aku beli buku banyak- banyak nie, persediaan aku untuk berpantang nanti. Hehe. Bile busan- busan, aku bolehlah menatap buku- buku ini.




*******

Balik rumah, aku mengadap myhubby.

"Saya beli buku"

"Berapa habis ?"

"RM140" [Gurlp]

"Hmmmm" [sambil pandang kearah lain]

"Tapi kan saya jimat RM93. Sepatutnya total RM233 taw."

[diam lagi]

"Saya janji nie stok dua tahun punye !" [sengeh macam kerang busuk]

akhirnya myhubby senyum. hehe. auuwww gigit sikit.

Fauziah Ahmad Daud Nak Saman Johan Raja Lawak ?

Reaksi pertama aku ?

Tersenyum sinis [plus] mengeleng kepala [plus] sambil buat bunyi macam cicak !

Ogy tiba- tiba menggoncang dunia hiburan apabila tiba- tiba meletup dan berikrar mahu menyaman Johan dan tidak akan memaafkan Johan jika pelawak itu datang memohon maaf.

Wah !!! Tampak besar sekali tamparan yang Kak Ogy kita lalui akibat lawak Johan.

Kak Ogy dakwa dia terasa dihina dan diperlekehkan oleh Johan semasa menjadi hos bersama Festival Filem Malaysia (FFM).


Dia juga mendakwa Johan mempermainkan arwah ibu bapanya. Dan dia juga mendakwa sangat terkilan bilamana Johan berlawak sambil menyebut perkataan 'tahun gajah'.

Bagi aku, Ogy ada hak untuk 'TERsentap'. Mungkin bab ibubapanya. Dan mungkin Johan agak keterlaluan disitu.

Tapi. Entahlah, aku lebih cenderung untuk memihak kepada Johan. Sebab bagi aku, Ogy pun 2 x 5 je.

Dia pun laser boleh tahan. Kalau dia meleser dalam Akademi fantasia, aku still boleh terima sebab dia bercakap yang benar dan bertujuan untuk bantu pelajar- pelajar dalam akademi tu.

Tapi bila dia menjadi pengacara, dia memang laser. Kalau korang ingat zaman dolu- dolu, pengacara Azwan Haji Ali pun pernah saman dia, disebabkan mulut dia.

Tak payah flash back pun, tengok macam mana dia kenakan Saleh Yaakob. Kesian kawan tu, duk ngan Ogy kena smash. Duk ngan Raja Azura pun kena smash. Kalau dia pun nak saman jugak, kayo kayo.

Dan kalau korang masih ingat masa Anugerah Bintang popular bergandingan Raja Azura, Ogy pun meleser sembur artis secara terang terangan. Seingat aku pasal kes dua orang pelakon yang bercakaran dalam kolam semasa pengambaran.

Aku terbaca komen pembaca di blog sensasi Oh Bulan tentang isu ini. Dan of course, semua orang bekap Johan baik punye.

Sebab, mereka tahu karakter Johan macamane. Cara Johan berlawak. Mungkin Ogy tak kenal dan tak tahu macamane perangai si Johan nie.

Johan pula dalam rekasinya berkata, dia sangat terkejut bila dapat tahu Ogy marah dan nak saman dia. Sebab katanya, semuanya berjalan lancar semasa FFM berlangsung dan bila FFM melabuhkan tirai, dia meminta maaf pada Ogy kalau ada salah silap. Dan Ogy tak kata apa- apa kat dia.

Tup tup...dia diajukan soalan 'apakah rekasi dia bila Ogy nak saman dia'.

Masa FFM berlangsung Ogy kata dia cover penghinaan Johan terhadap dirinya sebab atas dassr profesional. Tapi dari pengamatan aku, dia yang lebih- lebih melayan si Johan tu.

Malah sepanjang FFM tu pun, dia memperlekehkan Johan kononnya Johan tak pandai bahasa Inggeris !!!

Ada si Johan tu nak saman dia ?

Kalau betul Ogy profesional, bagi aku, tak payah sampai saman menyaman. Just dia sebagai orang yang lebih tua, nasihatkan Johan tu. Tunjuk ajar budak hingusan tu apa yang patut. Bukan terus saman. Jumpa pun tak nak.

Lagilah aku tak berapa nak yakin untuk memihak pada Ogy nie.

Mula- mula, aku agak kecewa bila dapat tahu Ogy adalah pengacara FFM malam tu. Dia memang berbakat. Itu aku tak nafikan. Tapi, Ogy dah tersangat over sekarang dalam pengacaraannya. Buat aku rasa jengkel.

Sejujurnya, bagi aku Johan menyelamatkan suasana muram ketika FFM berlangsung. Kalau dibiarkan Ogy je malam tu, sumpah bosan. Dan kalau korang tengok balik FFM kat youtube, Ogy berlagak seperti diva, tergedik- gedik atas pentas tu.

Dan ia sangat tidak sesuai dengan imej dan usianya kini. Aku sangat berharap dia tak over malam tu dan bersederhana sahaja melayan Johan. Tak payah saling nak tonjol diri masing- masing. Just berganding bahu, sama- sama meriahkan suasana.

Kes ini patut dijadikan pengajaran pada masa- masa akan datang.

1- Sesiapa sahaja, bila bercakap, berlawak mesti berpada- pada. Jangan sentuh isu sensitif.

2- Penganjur pastikan pengacara yang dipilih sesuai dan serasi bersama.

3- Pastikan pengacara diberi 'guideline' agar tidak melalut terkinja- kinja atas pentas.

4- buat latihan banyak - banyak sebelum 'on air'.







Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate